JOM KITAMEN METAL GEAR SOLID V: THE PHANTOM PAIN

Metal Gear Solid V

Review by – leaalucard
(review ini tidak termasuk dengan multiplayer)

Metal Gear Solid V adalah francais Metal Gear yang terakhir dihasilkan oleh Lagenda terkenal iaitu Kojima.
Siri ini ada satu satunya siri yang berlainan dari siri yang sebelumnya. Player kini bermain di dalam kondisi open world dan tidak linear.

metal gear solid v
___

Cerita kali ini berkisarkan Naked Snake selaku Big Boss bangkit kembali bersama-sama rakan seperjuangan beliau iaitu Kazuhira Miller dan Revolver Ocelot dalam membina kembali empayar tentera yang diimpikan sekian lama serta mahu membalas dendam terhadap musuhnya yang mahu Big Boss serta organisasinya musnah.

___

Gameplay dalam siri terbaru MGS V kali ini lebih diperhalusi serta lancar berbanding dengan MGS V Ground Zero. Aiming serta movement kini diperhalusi dan lancar. Player baru yang mahu mencuba game ini tidak akan rasa kekok, malah dengan bantuan auto aiming, segalanya menjadi mudah.

Ada 2 misi anda boleh jalankan iaitu main mission dan juga special ops.
Setiap misi boleh mengambil sehingga lebih 30 minit bergantung bagaimana anda menyelesaikan.

Bagaimana anda melaksanakan dan menyelesaikan misi anda adalah bergantung pada kreativi anda. Player kini boleh menentukan sendiri penyelesaikan misi seperti video game Hitman: Absolution dimana tiada limit dalam cara menyelesaikan misi. Menyelinap secara rahsia? Tembak dari jauh? Menarik perhatian binatang buas ke target? Langgar target dengan lori seperti Grand Theft Auto? Pasang bomb pada lori secara senyap kemudian tunggu ia ke destinasi sehingga anda letupkan? Tiada limit bagaimana anda selesaikan misi tersebut, semuanya keputusan adalah di tangan anda.

metal gear solid v dog

Walaupun map di dalam siri MGSV sangat besar, enviroment content di dalam game ini kelihatan flat, menjadikan pengembaraan di sekitar menjadi sedikit bosan pada permulaan permainan. Perkara random juga boleh berlaku di dalam persekitaran jika player banyak mengembara ke sesuatu tempat ke tempat lain.

Selain itu, ada juga boleh rekruit tentera dan laksanakan misi bersama-sama. Dengan adanya tapak iaitu Mother Base kelak, anda boleh menambah pelbagai fasiliti seperti support, medic, offensive, research dan pelbagai lagi untuk membantu dalam misi serta rangkaian organisasi anda kelak.

___

Graphic dalam MGSV agak mengecewakan sedikit dimana graphic di dalam game ini seperti di downgrade berbanding dengan Ground Zero. Namun, game ini masih lagi mengangumkan permain dengan persekitaran Afghanistan yang luas dan Africa yang berkeadaan tropica. Tiada masalah frame rate, atau hiccup ketika permainan walaupun anda dikerumi dgn 1 batallion. Model dlm game ini juga kelihatan photorealistik, seolah2 setiap character dlm game ini diperhalusi satu per satu.

Real time lightning and weather adalah salah satu keunikan yang disediakan dalam MGSV. Player kini akan mengalami beberapa pertukaran cuaca secara dinamik, sekaligus mengubah rentak permainan. Player juga dapat menyaksikan sendiri perubahan waktu malam dan siang secara langsung.

____

Bunyi dalam game ini realistik. Dari bunyi jentera, radio, percakapan, dan juga ambient persekitaran adalah sempurna. Player dapat pinpoint arah bunyi tersebut dengan pantas dan jaraknya jika menggunakan surround sound system ataupun headphone. Penggunaan surround sound amat digalakkan untuk menambahkan pengalaman keseronokan bermain.

____

Secara keseluruhan, Metal Gear Solid V memaparkan kelainan berbanding siri sebelumnya. Player yang ingin main MGSV tidak perlu bermain siri sebelum ini untuk mula kerana MGSV adalah cerita baru dalam siri Metal Gear. Kawalan dalam permainan ini juga tidaklah rumit, malah ia ringkas serta mudah difahami.

Walaupun sesetengah misi agak hambar, flat dan repetitive, namun ia ditutupi dengan content dalam yang banyak yang menunggu player merungkaikannya. Salah satunya iaitu boss battle yang sangat terbaik!

Jika anda player baru mempunyai banyak masa dan suka mengembara mencari sesuatu yang baru tanpa perlu ikut peraturan atau garis panduan, game ini adalah berbaloi untuk anda. like emoticon like emoticon like emoticon

metal gear solid v score

____

Additional

*Seperti siri sebelum ini, mgsv kali ini mempunyai banyak easter egg. Pastikan cari keseluruhannya like emoticon
*Haiwan liar boleh ditangkap smile emoticon